Masterchef Malaysia

Season
  • 2
  • 1
  • TOP 18 (MYSTERY BOX CHALLENGE & INVENTION TEST)

    TOP 18 (MYSTERY BOX CHALLENGE & INVENTION TEST) Edit this episode

    Season 1, Episode 25 - Aired 11/19/2011

    Hanya tinggal 18 peserta sahaja minggu ini. Ikuti perkembangan peserta dalam Peti Saji Misteri yang mengandungi roti, sosej dan root vegetables. Para peserta perlu menonjolkan kemampuan bersaing untuk mendapat peluang berada di dalam pantry selama 5 minit dalam cabaran berikut. Seterusnya, bertemakan masakan ikan sungai peserta yang memenangi Peti Saji Misteri perlu memilih sejenis sahaja sama ada ikan haruan, ikan keli atau ikan talapia untuk Ujian Cipta Rasa.

  • TOP 18 (MASTERCLASS)

    TOP 18 (MASTERCLASS) Edit this episode

    Season 1, Episode 24 - Aired 11/19/2011

    Kuliah Master kali ini menyaksikan Chef Zubir menyediakan hidangan lazat, Timbale Udang Harimau dengan Salad Ayam Buah Pear dan Sos Coulis Kacang Hijau. Sementara itu Chef Jo memasak hidangan tempatan yang cukup enak dan menyelerakan iaitu Daging Panggang Kicap. Chef Riz tidak kurang hebat bila mana berjaya memikat peserta dengan hidangan Ubi Kayu Gnocchi Burro E Salvia.

  • TOP 19 (PRESSURE TEST & ELIMINATION)

    TOP 19 (PRESSURE TEST & ELIMINATION) Edit this episode

    Season 1, Episode 23 - Aired 11/16/2011

    Strategi susun atur kerusi meja para pelanggan dan kelebihan memiliki 10 anggota memberi kekuatan kepada Pasukan Merah untuk mengalahkan Pasukan Biru yang hanya mempunyai 9 anggota. Pasukan Merah diberi penghormatan untuk makan tengahari di Restoran Meatworks. Tewas dengan peratusan undian yang tipis telah meletakkan Pasukan Biru ke pusingan penyingkiran. Juri sebulat suara memilih lima peserta memasuki penyingkiran. Mereka perlu menghidangkan masakan menggunakan bahan utama iaitu mee segera perisa kari. Masa memasak yang diberikan ialah 20 minit sahaja.

  • TOP 20 (TEAM CHALLENGE)

    TOP 20 (TEAM CHALLENGE) Edit this episode

    Season 1, Episode 22 - Aired 11/15/2011

    Bertindak pantas menerima pesanan makanan daripada para pelanggan, mampukah kedua-dua pasukan ini menyajikan hidangan kepada para pelajar kulinari di Taylors College. Ezani telah memilih Shahriah sebagai ketua pasukan Biru untuk menentang pasukan Merah yang dipimpin oleh beliau. Shahriah bersama Ary, Azlina, Mastura, Zamir, Kamaruzzaman, Brian, Zahin dan Deena cuba menonjolkan kehandalan menentang Ezani yang memimpin pasukan Merah bersama Imelda, Felix, Wahidan, Nik, Zuraidah, Raymond, Saiful, Danial dan Amita. Berjayakah strategi masing-masing dalam menawan hati pelanggan.

  • TOP 20 (CELEBRITY CHEF CHALLENGE)

    TOP 20 (CELEBRITY CHEF CHALLENGE) Edit this episode

    Season 1, Episode 21 - Aired 11/14/2011

    Berbekalkan bakat sedia ada mampukah Ezani, doktor muda ini mencedok pengalaman dan kreativiti Chef Selebriti dari Taylors College ini. Chef Zaishahrizal Zamani yang pakar dalam sajian Itali telah mengenengahkan masakan Pasta Tagliatelle beserta Ayam Panggang Sumbat dan Mousse Hati Ayam.

  • TOP 20 (MYSTERY BOX CHALLENGE & INVENTION TEST)

    TOP 20 (MYSTERY BOX CHALLENGE & INVENTION TEST) Edit this episode

    Season 1, Episode 19 - Aired 11/13/2011

    Hanya tinggal 20 peserta lagi meneruskan perjuangan untuk merebut tempat pertama dalam Masterchef Malaysia. Hari ini mereka dikehendaki memasak 1 di antara 5 bahan yang terdapat dalam Peti Saji Misteri iaitu udang, kaki ayam, minyak masak Newvida, sooun dan jagung. Berdasarkan kreativiti persembahan para juri telah menilai 5 hidangan sahaja untuk dirasai dan dinilai. Zuraidah, Imelda, Terrence, Felix dan Mastura cuba mempertaruhkan hidangan masing-masing. Dalam menghadapi Ujian Cipta Rasa pula, di antara durian, ubi kayu dan nangka, bahan manakah yang menjadi pilihan.

  • TOP 20 (MASTERCLASS)

    TOP 20 (MASTERCLASS) Edit this episode

    Season 1, Episode 18 - Aired 11/12/2011

    Kehadiran Chef Anis Nabila ke dapur Masterchef Malaysia untuk menunjukkan demo bagaimana menyediakan hidangan Masak Lemak Daging Salai. Kepetahan dan keramahan Chef Selebriti yang kecil molek ini amat menghiburkan hati para peserta. Dengan tema masakan Cina, Chef Riz menyediakan sajian Awan Dahlia. Manakala Chef Jo menghidangkan Burger Sayuran (Vege Burger) yang sesuai untuk dihidangkan kepada kanak-kanak.

  • TOP 22 (PRESSURE TEST & ELIMINATION)

    TOP 22 (PRESSURE TEST & ELIMINATION) Edit this episode

    Season 1, Episode 17 - Aired 11/09/2011

    Deena yang mempunyai kekuatan anggota seramai 11 peserta yang terdiri daripada Azlina, Kamaruzzaman, Terrence, Amita, Raymond, Ary, Shahriah, Mastura, Nik dan Zahin telah meranapkan impian Pasukan Merah. Pasukan Biru yang menjuarai Cabaran Sajian Luar ini kemudiannya beroleh hadiah kemenangan yang merupakan makan tengahari bersama Eksekutif Chef Zulkifli Razali di Restoran Bijan. Manakala Pasukan Merah yang tewas akan memasuki Ujian Sajian Pantas yang memerlukan para peserta menyajikan hidangan Burger Mewah. 10 peserta dari Pasukan Merah ialah Brian, Ezani, Azilah, Zamir, Danial, Wahidan, Felix, Imelda, Saiful dan Zuraidah. Impian siapakah yang bakal ranap dan musnah dalam episod ini?

  • TOP 22 (TEAM CHALLENGE)

    TOP 22 (TEAM CHALLENGE) Edit this episode

    Season 1, Episode 16 - Aired 11/08/2011

    Episod ini memaparkan bagaimana semangat berpasukan diuji dalam Cabaran Sajian Luar semata-mata untuk meraih undian kanak-kanak tadika di Putrajaya. Setiap pasukan perlu menyediakan menu yang sihat dan bersesuai untuk kanak-kanak. Deena yang mengetuai pasukan Biru telah mencabar Brian selaku ketua pasukan Merah. Deena bersama 10 peserta iaitu Azlina, Kamaruzzaman, Terrence, Amita, Raymond, Ary, Shahriah, Mastura, Nik dan Zahin bergabung tenaga memasak. Pasukan Biru juga mempunyai kelebihan 1 ahli berbanding Pasukan Merah yang hanya dianggotai oleh 10 peserta sahaja iaitu Brian, Ezani, Azilah, Zamir, Danial, Wahidan, Felix, Imelda, Saiful dan Zuraidah.

  • TOP 22 (CELEBRITY CHEF CHALLENGE)

    TOP 22 (CELEBRITY CHEF CHALLENGE) Edit this episode

    Season 1, Episode 15 - Aired 11/07/2011

    Deena yang memenangi Ujian Cipta Rasa berpeluang memasak hidangan Signature Dish ciptaan Chef Selebriti Norman Musa iaitu Rendang Daging Wellington. Chef Norman Musa adalah Eksekutif Chef yang pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang masakan. Beliau juga merupakan chef Idola yang sangat diminati oleh Deena. Deena yang diberi kelebihan memasak 15 minit lebih awal akan menentang Chef Norman untuk memperolehi Pin Kebal atau Pin Imuniti. Pin ini boleh digunakan oleh peserta Masterchef sekiranya terpaksa melalui pusingan penyingkiran. Berjayakah Deena menewaskan Chef Norman untuk memasak hidangan yang mempunyai gabungan Melayu dan Barat ini sekaligus mendapatkan Pin Kebal.

  • TOP 23 (TASTE CHALLENGE, PRESSURE TEST & ELIMINATION)

    TOP 23 (TASTE CHALLENGE, PRESSURE TEST & ELIMINATION) Edit this episode

    Season 1, Episode 14 - Aired 11/06/2011

    Kegagalan menawan citarasa para juri dalam Ujian Cipta Rasa telah meletakkan Imelda, Mastura dan Hui Ting untuk melalui Uji Rasa. Ketiga-tiga peserta diberi penerangan mengenai peraturan dalam Uji Rasa iaitu peserta dibenarkan melihat, merasa, menyentuh dan menghidu bahan-bahan tersebut. Mereka juga perlu meneka dan menamakan 27 bahan untuk ramuan Laksa Johor. Kelebihan memihak kepada Mastura bila mana beliau berjaya dalam Uji Rasa ini. Sementara itu Imelda dan Hui Ting dikehendaki memasuki pusingan Ujian Sajian Pantas yang mana mereka perlu memasak Laksa Johor.

  • TOP 23 (MYSTERY BOX & INNOVATION CHALLENGE)

    TOP 23 (MYSTERY BOX & INNOVATION CHALLENGE) Edit this episode

    Season 1, Episode 13 - Aired 11/05/2011

    23 peserta yang masih kekal dalam Masterchef Malaysia bakal menghadapi cabaran Peti Saji Misteri yang mengandungi 5 bahan iaitu dada ayam, roselle, limau bali, kacang badam, kentang dan sayur kalian. Lima hidangan dengan persembahan (plating) terbaik akan dipilih untuk dirasai oleh para juri. Para peserta yang bertuah ialah Zamir, Zahin, Felix, Danial dan Shahriah. Bagaimanapun hidangan Shahriah, Masak Ayam dan Nasi Setia Kasih bersama Kailan Goreng Bawang Putih berjaya memikat hati para juri. Oleh itu Shahriah diberi keistimewaan untuk menentukan satu daripada 3 bahan utama dalam Ujian Cipta Rasa. Di samping itu juga Shahriah juga mempunyai kelebihan 5 minit awal untuk memasuki pantri. Antara 3 bahan yang ditunjukkan kepada Shahriah ialah ikan jeruk masin, lada benggala dan ikan kerapu merah. Dengan tema masakan Cina, Shahriah telah memilih Ikan Kerapu Merah bagi menghadapi Ujian Cipta Rasa. Keputusan memihak kepada Deena apabila hidangan beliau berjaya menambat hati para juri. Sesuatu yang tidak diduga, seorang daripada peserta gagal menunjukkan kesungguhan meneruskan cita-citanya untuk merebut gelaran Masterchef. Cemerkap dan hambar dalam mempersembahkan hidangan ikan kerapu merah dengan sempurna, peserta tersebut diminta meninggalkan dapur Masterchef oleh para juri.

  • TOP 23 (MASTERCLASS)

    TOP 23 (MASTERCLASS) Edit this episode

    Season 1, Episode 12 - Aired 11/05/2011

    Meraikan kejayaan Pasukan Biru yang memenangi Cabaran Sajian Luar, mereka diberi penghargaan mengikuti bimbingan menyediakan masakan Nasi Beriyani Ayam bersama Chef Riz di restoran beliau iaitu On The Table. Sementara itu Pasukan Merah pula berpeluang menyaksikan Chef Jo dan Chef Zubir menyajikan hidangan masakan zaman kanak-kanak mereka. Chef Jo memasak Cucur Udang bersama Sos Kacang Kuda manakala Chef Zubir menyediakan hidangan Tempek Kelapa Utara dengan Gulai Ikan.

  • TOP 24 (SKILL CHALLENGE & ELIMINATION)

    TOP 24 (SKILL CHALLENGE & ELIMINATION) Edit this episode

    Season 1, Episode 11 - Aired 11/02/2011

    Setelah tewas di tangan Pasukan Biru dalam Cabaran Sajian Luar, 12 peserta Pasukan Merah harus menghadapi 3 peringkat Ujian Kemahiran. Dalam Ujian Kemahiran yang pertama 12 peserta diminta untuk mengumpil tiram mengikut standard dan piawai para juri. Nik, Saiful, Shahriah, Ary, Imelda dan Felix berjaya dalam Ujian Kemahiran peringkat pertama ini. Azlina, Kamaruzzaman, Danial, Azilah, Azizah dan Mastura kemudian memasuki Ujian Kemahiran yang kedua iaitu memotong sebiji timun kemudian digulung dan dimayang. Kegagalan dalam peringkat ini menyebabkan Danial dan Azizah berada dalam tahap kritikal apabila harus melalui Ujian Kemahiran yang ketiga iaitu membuat kentang lecek (kentang putar).

  • TOP 24 (TEAM CHALLENGE)

    TOP 24 (TEAM CHALLENGE) Edit this episode

    Season 1, Episode 10 - Aired 11/01/2011

    Bertempat di Kampung Setia, Kuang, Selangor dengan tema Kenduri, Felix cuba menonjolkan ciri kepimpinan dalam mengetuai Pasukan Merah yang terdiri daripada Ary, Shahriah, Imelda, Azlina, Azilah, Kamaruzzaman, Mastura, Azizah, Nik, Saiful dan Danial. Manakala Terrence pula dipilih untuk memimpin Pasukan Biru yang dianggotai oleh Wahidan, Hui Ting, Ezani, Deena, Raymond, Zamir, Zeri, Zuraidah, Amita, Brian dan Zahin. 12 peserta daripada Pasukan Merah menentang 12 peserta daripada Pasukan Biru dalam Cabaran Sajian Luar ini perlu memasak 1 hidangan ayam, 1 hidangan daging, 2 jenis sayuran, 1 manisan dan 1 minuman. Mereka diberi masa selama 4 jam untuk menyiapkan hidangan kenduri yang akan disajikan kepada 100 orang penduduk kampung. Penduduk kampung kemudiannya diminta untuk mengundi masakan pasukan manakah yang lebih lazat, enak dan sedap mengikut citarasa mereka.

  • TOP 24 (CELEBRITY CHEF CHALLENGE)

    TOP 24 (CELEBRITY CHEF CHALLENGE) Edit this episode

    Season 1, Episode 9 - Aired 10/31/2011

    Setelah memenangi Ujian Cipta Rasa, penonton akan dapat menyaksikan bagaimana kesungguhan Felix beradu keupayaan menyajikan Ikan Salmon Mediterranean. Hidangan ini merupakan Signature Dish, Chef Jaffery Othman. Beliau ialah seorang Chef Eksekutif dari Best Western Premier Dua Sentral yang diundang khas untuk Cabaran Chef Selebriti. Dengan masa memasak selama 1 jam berupayakah Felix menandingi kehebatan dan pengalaman Chef Jaffery Othman dalam Cabaran Chef Selebriti. Sekiranya Felix memenangi cabaran ini, beliau akan dianugerahkan Pin Imuniti atau Pin Kebal yang membolehkan peserta mempunyai kekebalan yang dapat menyelamatkan diri daripada penyingkiran.

  • TOP 24 (INVENTION TEST)

    TOP 24 (INVENTION TEST) Edit this episode

    Season 1, Episode 8 - Aired 10/30/2011

    Bertemakan mengimbau kenangan zaman kanak-kanak, para peserta cuba mengenengahkan sajian mereka dalam Ujian Cipta Rasa kali ini. Tuah yang memihak kepada Ezani dalam cabaran Peti Saji Misteri telah membolehkan beliau mempunyai kelebihan masa selama 5 minit untuk mengambil bahan-bahan masakan di dalam pantri bersendirian. 23 peserta yang lain hanya dibenarkan berada dalam pantry selama 2 minit 30 saat sahaja untuk memilih bahan-bahan masakan yang mereka perlukan.

  • TOP 24 (MYSTERY BOX CHALLENGE)

    TOP 24 (MYSTERY BOX CHALLENGE) Edit this episode

    Season 1, Episode 7 - Aired 10/29/2011

    Pembuka tirai episod kali ini memaparkan 24 peserta teratas begitu ghairah dan seronok berada di dapur Masterchef Malaysia. Bermulalah detik untuk mengharungi cabaran Peti Saji Misteri yang memerlukan peserta memasak menggunakan bahan utama iaitu daging itik.

  • TOP 24 (MASTER CLASS)

    TOP 24 (MASTER CLASS) Edit this episode

    Season 1, Episode 6 - Aired 10/29/2011

    Kesinambungan perjalanan 24 peserta Masterchef Malaysia diteruskan dalam Kuliah Master yang pertama. Mereka diberi pendedahan dan tunjuk ajar daripada Chef Johari dan Chef Yahaya bagaimana menyediakan hidangan pemanis dan savoury daripada bahan-bahan masakan yang pernah diletakkan dalam Peti Saji Misteri iaitu Beras Putih, Beras Perang, Beras Pulut, Kelapa dan Tepung.

  • TOP 24 (MYSTERY BOX CHALLENGE & INVENTION TEST)

    TOP 24 (MYSTERY BOX CHALLENGE & INVENTION TEST) Edit this episode

    Season 1, Episode 5 - Aired 10/26/2011

    Menyedari hanya tinggal 8 tempat sahaja lagi dalam Masterchef Malaysia, 20 peserta bergabung tenaga memilih pasangan masing-masing untuk menghadapi cabaran Peti Saji Misteri. 10 pasangan peserta ini dikehendaki memasak dengan menggunakan sama ada 1 sahaja atau semua bahan yang ada dalam Peti Saji Misteri. Bahan masakan tersebut ialah Beras Putih, Beras Perang, Beras Pulut, Kelapa dan Tepung. Peserta juga diberi pilihan untuk menambah 12 sahaja bahan-bahan mentah yang terdapat dalam pantri. 2 hidangan perlu mereka sediakan iaitu 1 hidangan manis dan 1 hidangan savoury. Memikirkan hanya tinggal 5 sahaja apron Masterchef Malaysia dan dengan kehadiran Chef Riz bersama hidangan istimewa beliau iaitu Kek Tiramisu telah menyuntik semangat peserta untuk berusaha gigih menyediakan hidangan tersebut mengikut resipi yang diberikan. Siapalah bakal 24 peserta yang mendapat apron MasterChef? Sama-sama kita lihat dalam episod kali ini.

  • TOP 27 (BASIC SKILL CHALLENGE & INVENTION TEST)

    TOP 27 (BASIC SKILL CHALLENGE & INVENTION TEST) Edit this episode

    Season 1, Episode 4 - Aired 10/25/2011

    Teknik memotong ayam yang betul dan cara-cara memisahkan ayam daripada tulangnya (de-bone) merupakan Ujian Kemahiran yang perlu dilalui oleh 27 peserta. Daripada keputusan ujian tersebut hanya 12 peserta sahaja akan dipilih untuk menghadapi Ujian Cipta Rasa. 7 sajian yang paling kreatif dan lazat telah membawa tuah kepada 7 lagi peserta untuk mendapat apron Masterchef Malaysia.

  • TOP 32 (BASIC SKILL CHALLENGE & INVENTION TEST)

    TOP 32 (BASIC SKILL CHALLENGE & INVENTION TEST) Edit this episode

    Season 1, Episode 3 - Aired 10/24/2011

    Kehebatan 32 peserta yang tinggal diuji lagi dalam Ujian Kemahiran seterusnya iaitu memarut kelapa. Dengan teknik memarut yang betul serta kepantasan memerah kelapa bagi mendapatkan santan yang berkualiti Bagi merebut anugerah 4 apron Masterchef Malaysia, 10 peserta ini dinilai dalam Ujian Cipta Rasa yang menggunakan cili kering sebagai bahan utama. Kini tinggal 28 peserta yang mencuba nasib bagi melayakkan diri berada dalam senarai 24 peserta teratas(Top 24).

  • TOP 35 (BASIC SKILL CHALLENGE, PRESSURE TEST & ELIMINATION)

    TOP 35 (BASIC SKILL CHALLENGE, PRESSURE TEST & ELIMINATION) Edit this episode

    Season 1, Episode 2 - Aired 10/23/2011

    Episod kali ini menyaksikan seorang peserta wanita mengambil keputusan untuk meninggalkan Masterchef Malaysia atas sebab-sebab peribadi. Bagaimanapun 35 peserta yang tinggal terus berjuang menghadapi Ujian Kemahiran yang kedua iaitu memisahkan kuning telur daripada putih telur. 19 peserta terselamat manakala 16 peserta yang gagal menepati kualiti dan piawaian para juri kemudiannya mengharungi cabaran seterusnya iaitu memukul telur putih sehingga kembang dan menitis jatuh apabila mangkuk diterbalikkan. Kehadiran Chef Zubir yang membawa bersama hidangan istimewa beliau iaitu Prawn Dumpling telah memperlihatkan 8 peserta mengharungi cabaran Ujian Sajian Pantas.

  • TOP 40 (BASIC SKILL CHALLENGE, INVENTION TEST & ELIMINATION)

    TOP 40 (BASIC SKILL CHALLENGE, INVENTION TEST & ELIMINATION) Edit this episode

    Season 1, Episode 1 - Aired 10/22/2011

    Dalam episod pengenalan ini memaparkan 3 juri professional iaitu Chef Jo, Chef Priya dan Chef Yahaya mengalu-alukan kedatangan 40 peserta teratas Masterchef Malaysia (Top 40) di Bootcamp. Para peserta kemudiannya melalui Ujian Kemahiran yang pertama iaitu memotong dadu bawang kuning. Sekiranya gagal menepati kualiti dan standard yang ditetapkan, mereka perlu mengulangi ujian tersebut sehingga para juri berpuas hati. 30 peserta terselamat, manakala 10 peserta yang tercorot haruslah melalui Ujian Cipta Rasa. Siapakah yang bakal diundang untuk mengadili para peserta didalam Ujian Cipta Rasa? Jangan ketinggalan untuk menonton episod pertama MasterChef Malaysia.